Assalamualaikum. Salam kenal semua.
Nama saya Adam. Saya kini [semasa entry ini ditulis] menetap di Kuala Kangsar, Perak. Saya merupakan anak ke-6 daripada 6 orang adik beradik. Oleh kerana saya anak yang bongsu, sayalah yang paling kacak dalam keluarga saya [mohon beri peluang]. Saya masih belum berkahwin.
Secara rasminya saya merupakan seorang part-timer tutor matematik/pengurus cawangan di salah sebuah cawangan pusat perkembangan minda. Secara tidak rasmi pula, saya ialah pengurus bagi Pak Ya dan Mak Wan dimana saya membantu menguruskan kehidupan dan harta mereka berdua. Ya, mereka ialah kedua ibubapa saya dan saya masih tinggal bersama mereka.
Selain dari tugasan rasmi dan tak rasmi saya itu, masa saya banyak dihabiskan dengan minat saya dalam aktiviti-aktiviti yang orang kata merugikan masa [sila ketawa]. Saya juga seorang yang suka bercerita melalui penulisan. Maka medium blog ini saya aktifkan kembali dengan tujuan berkongsi dengan anda tentang apa jua yang saya lakukan yang saya rasa sesuai untuk diceritakan.
Kandungan-kandungan blog ini nanti juga akan menjadi pengubat rindu [puihh] buat rakan-rakan dunia realiti yang ingin tahu perkembangan hidup saya. Memandangkan saya telah menyahaktifkan Facebook dan Instagram saya, maka saya kini seolahnya hilang. Harapnya blog ini dapat menjadi pengganti diri.
Oh ya, jika anda mahu saya bercerita tentang apa-apa topik, boleh kongsikan di ruangan komen ya.
Selamat membaca!

Hi adaaaammmm, teruskan berkarya. Chaiyokkk
ReplyDeleteBaik!
DeleteTerbaikkkk bro adam... Keep it up💪💪💪
ReplyDeleteInsyaAllah
Delete